Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum Jumaat (18 November) dan Sabtu (19 November) ini diisytiharkan sebagai cuti umum.<br /><br />Perdana Menteri turut umum tawaran tol percuma 30 syarikat konsesi lebuh raya pada 18 serta 19 November ini, sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).<br /><br />Selain itu, kerajaan bersetuju supaya diawalkan tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam bagi bulan November pada 17 November manakala bayaran pencen pada 14 November.